Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Di Sekolah-sekolah jenis Kebangsaan (tamil) Daerah Kulai

Marappan, Saraswathi Vani and Hashim, Shahrin (2008) Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Di Sekolah-sekolah jenis Kebangsaan (tamil) Daerah Kulai. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja dari segi pekerjaan sebagai guru, peluang kenaikan pangkat, gaji, penyelia serta rakan sejawat. Kajian ini telah dijalankan ke atas 80 orang guru dari Sekolah Tamil di Daerah Kulai, Johor melalui kaedah soal selidik. Data yang telah dikumpulkan kemudian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science version 11.5(SPSS) dalam bentuk kekerapan, peratusan dan nilai min. Hasil kajian didapati bahawa tahap kepuasan kerja bagi guru-guru dari Sekolah Tamil Daerah Kulai adalah pada tahap sederhana tinggi bagi aspek pekerjaan sebagai guru(3.38), peluang kenaikan pangkat(3.30), , serta penyelia(3.52) manakala tahap kepuasan kerja responden adalah tinggi bagi aspek rakan sejawat(3.88). Dari segi gaji pula tahap kepuasan adalah rendah (2.94) Selain itu, kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan sebagai panduan organisasi kajian serta kajian akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08592
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13433

Actions (login required)

View Item View Item