Kesesuaian Personaliti Dengan Bidang Kursus Yang Diikuti Dan Hubungannya Dengan Faktor Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Diploma Pendidikan Kemahiran Hidup, Utm, Skudai, Johor

Suhod, Suzarina and Abd Ghani, Faizah (2008) Kesesuaian Personaliti Dengan Bidang Kursus Yang Diikuti Dan Hubungannya Dengan Faktor Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Diploma Pendidikan Kemahiran Hidup, Utm, Skudai, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini mengkaji kesesuaian personaliti dengan bidang kursus yang diikuti dan hubungannya dengan faktor pemilihan kerjaya perguruan di kalangan pelajar Diploma Pendidikan Kemahiran Hidup, UTM, Skudai. Kajian ini menggunakan rekabentuk kolerasi berdasarkan kepada Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 40 responden telah dipilih dalam kajian ini dengan menggunakan pensampelan purposif atau bertujuan. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-Form Easy (Versi Terjemahan Amla, 1984) telah digunakan bagi mendapatkan profil personaliti responden, manakala Indeks Kongruen Iachan digunakan bagi mendapatkan darjah kongruen personaliti responden. Soal selidik Norlia Melawi (2000) yang mempunyai nilai Cronbach alpha 0.7082 digunakan bagi mendapatkan faktor pemilihan kerjaya perguruan responden. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 16.0. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa faktor utama dalam pemilihan kerjaya perguruan responden adalah faktor minat. Dapatan kajian juga menunjukkan profil personaliti keseluruhan responden adalah SCE. Selain itu, Indeks Kongruen Iachan pula menunjukkan 65.0% daripada jumlah keseluruhan responden mempunyai tahap padanan yang lemah antara darjah kongruen personaliti mereka dengan bidang kursus Kemahiran Hidup. Analisis inferensi kolerasi Pearson r digunakan untuk melihat hubungan antara darjah kongruen personaliti dengan faktor pemilihan kerjaya perguruan responden. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara darjah kongruen personaliti responden dengan faktor ganjaran dalam pemilihan kerjaya perguruan mereka, manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara darjah kongruen personaliti responden dengan faktor minat, keluarga dan persekitaran.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08589
Subjects: Technical & Vocational Education > Living Skills
Educational Psychology > Educational Psychology
Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13430

Actions (login required)

View Item View Item