Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (pengajian Islam) Terhadap Wasiat

Ab. Razak, Siti Juwariah and Rosman, Arief Salleh (2008) Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (pengajian Islam) Terhadap Wasiat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Wasiat merupakan salah satu cara merealisasikan manifestasi kebajikan selepas kematian di samping mendidik diri daripada sifat tamak dan bakhil. Ia juga merupakan kaedah yang baik dalam pengurusan harta dalam Islam. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti persepsi responden terhadap wasiat, mengenal pasti tahap kefahaman responden terhadap wasiat dan mengenal pasti persepsi responden terhadap kepentingan wasiat. Populasi kajian ini terdiri daripada keseluruhan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia seramai 174 orang. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 122 responden terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 40 soalan. Analisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) for window version 13.00 telah digunakan untuk mendapat nilai kekerapan, peratusan dan min. Min bagi persepsi pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap wasiat ialah 3.49. Manakala, bagi tahap kefahaman responden terhadap wasiat nilai minnya adalah 3.37. Min bagi mengenal pasti persepsi responden terhadap kepentingan wasiat ialah 3.77. Keseluruhan menunjukkan persepsi pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap wasiat berada di tahap yang sederhana. Hasil daripada kajian yang diperolehi, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan pengetahuan terhadap wasiat. Kajian lanjutan turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08587
Subjects: Religious and Moral Education > Islamic Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13428

Actions (login required)

View Item View Item