Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep perubahan Fizik

Syed Mohammad, Syarifah Natrah Syahimah and Arshad, Mohammad Yusof (2008) Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep perubahan Fizik. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif di kalangan pelajar sekolah menengah berumur 16 dan 17 tahun terhadap konsep perubahan fizik dalam fenomena di sekeliling mereka. Kajian ini dijalankan ke atas 200 orang pelajar di empat buah sekolah menengah di negeri Perlis Indera Kayangan yang telah dipilih secara rawak. Soalan-soalan berstruktur yang diberikan kepada pelajar adalah berkaitan dengan fenomena harian di sekeliling mereka. Data yang diperolehi dianalisis dengan mengira peratusan untuk dibuat perbandingan menggunakan Concept Profile Iventory (CPI). Analisis menunjukkan bahawa kefahaman pelajar mengenai konsep perubahan fizik adalah tidak mantap. Kebanyakan pelajar menggunakan idea alternatif apabila memberikan penjelasan mengenai sesuatu fenomena yang sepatutnya memerlukan penjelasan secara sainstifik. Selain itu, pelajar juga menggunakan common sense atau berasaskan kepada akal kebiasaan sebagai respon kepada persoalan yang dikemukakan. Idea-idea yang dibina daripada interaksi dengan persekitaran serta idea-idea alternatif didapati menghalang pembelajaran dan kefahaman konsep-konsep sains. Dapatan dan cadangan kajian diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap pembinaan konsep di kalangan pelajar dan strategi pengajaran dan pembelajaran sains yang lebih berkesan

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08586
Subjects: Physics Education > Physics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13427

Actions (login required)

View Item View Item