Rekacipta Instrumen stork Stand Balance Test Berteknologi microcontroller Bagi Ujian Kecergasan Fizikal

Md Samsudin, Siti Rossuliana and Ismail, Muhammad Hafiz (2008) Rekacipta Instrumen stork Stand Balance Test Berteknologi microcontroller Bagi Ujian Kecergasan Fizikal. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Ujian imbangan statik dikenali juga sebagai stork stand balance test. Ujian ini adalah salah satu komponen ujian kecergasan fizikal dalam sukan. Ujian imbangan statik ini bertujuan untuk menguji tahap keseimbangan badan seseorang secara statik dengan menggunakan sebelah kaki. Imbangan badan secara statik menggunakan sebelah kaki diukur berdasarkan kepada kebolehan seseorang itu mengekalkan posisi berdiri dengan sebelah kaki dominan semaksimum mungkin tanpa melakukan lakuan yang menyebabkan ujian ini terbatal. Gred seseorang individu itu diukur berdasarkan norma tersedia. Kajian ini bertujuan merekabentuk instrumen baru, berteknologi microcontroller yang mudah alih bagi memudahkan kaedah pengukuran. Kebolehpercayaan instrument diuji ke atas 22 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan). Instrumen ini direkabentuk dengan menggunakan teknologi microcontroller sebagai asas. Prosedur ujian dijalankan dengan subjek akan melakukan lakuan stork stand balance test di atas platform yang disediakan yang terdapat suiz diatasnya. Suiz berkenaan akan bersambung dengan microcontroller yang akan mencatatkan masa imbangan yang dilakukan seterusnya mengeluarkan bacaan norma bagi masa yang dilakukan. Hasil keputusan kajian adalah ujian t sampel berpasangan menunjukkan bahawa nilai t(21) = -.742 , p = .466 adalah lebih besar daripada nilai aras signifikan ditetapkan iaitu p<0.05. Dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kaedah manual dengan kaedah yang menggunakan instrumen.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08585
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13426

Actions (login required)

View Item View Item