Pembangunan Laman Web Berasaskan Persekitaran Pembelajaran Autentik Bagi Asas Pengaturcaraan Html Dalam Microsoft Frontpage

Hoi Peng, Swee and Atan, Noor Azean (2008) Pembangunan Laman Web Berasaskan Persekitaran Pembelajaran Autentik Bagi Asas Pengaturcaraan Html Dalam Microsoft Frontpage. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Proses pengajaran dan pembelajaran telah mengalami banyak perubahan dengan impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat. Kini, terdapat banyak laman web dibangunkan untuk penggunaan dalam pengajaran dan pembelajaran namun kebanyakannya tidak mengimplementasikan pendekatan pengajaran yang betul dan bersesuaian. Begitu juga dalam pembelajaran bagi Bahasa Pengaturcaraan III iaitu pengaturcaraan HTML di Fakulti Pendidikan, UTM. Oleh yang demikian, pengkaji mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah laman web bertajuk Bahasa Pengaturcaraan III bagi topik Navigasi, Bingkai, Komponen Web dan Kesan Khas Dinamik dengan mengaplikasikan pendekatan pembelajaran autentik dimana ia menyediakan konteks sebenar sepertimana pengguna belajar di dalam persekitaran aplikasi Microsoft Office FrontPage 2003. Kumpulan sasaran utama laman web ini adalah pelajar-pelajar dari Fakulti Pendidikan yang mengambil subjek Bahasa Pengaturcaraan III. Laman web ini dibina berlandaskan model pembangunan ADDIE dan strategi tutorial serta penyelesaian masalah digunakan dalam penyampaian kandungan pembelajaran ini. Di samping itu, laman web ini menggunakan elemen-elemen multimedia bagi tujuan menjadikan laman web ini lebih interaktif dan menarik. Pengguna diberi kuasa kawalan sepenuhnya dan bebas untuk belajar menerusi laman web ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Diharapkan laman web ini dapat memberi sumbangan sebagai bahan pembelajaran alternatif yang mampu mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08583
Subjects: Educational Technology > Internet Computing
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13424

Actions (login required)

View Item View Item