Tahap Keyakinan Banduan Yang Menjalani Program Perusahaan Dan Vokasional Di Penjara Kajang Untuk Hidup Berdikari Selepas Dibebaskan

Baharom, Siti Sarah and Rajuddin, Muhd Rashid (2008) Tahap Keyakinan Banduan Yang Menjalani Program Perusahaan Dan Vokasional Di Penjara Kajang Untuk Hidup Berdikari Selepas Dibebaskan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pihak Jabatan Penjara Malaysia telah memperkenalkan program Perusahaan & Vokasional bagi tujuan menghasilkan banduan yang boleh hidup berdikari apabila dibebaskan kelak. Walaupun program diatur dengan baik, namun keyakinan banduan terhadap kemahiran yang dipelajari boleh mempengaruhi keberkesanan program tersebut. Tahap keyakinan ini akan menunjukkan kesediaan banduan untuk mendapatkan kerja apabila dibebaskan dari penjara tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap keyakinan diri banduan dalam tiga aspek iaitu kemahiran vokasional, pengetahuan dan kemahiran generik. Responden kajian ini terdiri daripada 65 orang banduan yang menjalani program Perusahaan & Vokasional di Penjara Kajang. Dalam kajian ini, kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mengumpul data. Data mentah yang diperolehi kemudiannya dianalisis dan dipaparkan dalam nilai kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keyakinan banduan dalam kemahiran generik adalah yang tertinggi (89.58%), diikuti dengan pengetahuan (88.21%) dan akhir sekali kemahiran vokasional (76.07%). Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap keyakinan banduan dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji adalah tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan tahap keyakinan banduan mengikut peringkat umur adalah tinggi. Pengkaji mencadangkan pihak pengurusan penjara agar menganjurkan beberapa aktiviti yang boleh mengurangkan tahap kebergantungan kepada orang lain di kalangan banduan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08582
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13423

Actions (login required)

View Item View Item