Pengaplikasian Perisian Assetbase Dalam Pengajaran mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Di Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang, Johor

Ahmad, Sahibul Bahrin and Boon, Yusof (2008) Pengaplikasian Perisian Assetbase Dalam Pengajaran mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Di Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan Perisian Perakaunan ASSETBase mata pelajaran Prinsip Perakaunan bagi membolehkan guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan perisian tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, masalah dan kesanggupan guru-guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan untuk mengaplikasikan Perisian Perakaunan ASSETBase dalam pengajaran dan pembelajaran. Sampel kajian terdiri dripada 40 orang guru mata Pelajaran Prinsip Perakaunan di Daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang. Data kajian deskriptif ini dikumpulkan melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden, Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Siences For Windows (SPSS) Version 15.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian mendapati pengetahuan dan kesanggupan responden untuk mengaplikasikan Perisian ASSETBase pada tahap yang tinggi, manakala aspek masalah pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dengan guru perempuan dari segi tahap pengetahuan, permasalahan dan tahap kesanggupan. Oleh yang demikian, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan lagi kesedaran guru dalam mengaplikasikan Perisian Perakaunan ASSETBase dalam pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08581
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13422

Actions (login required)

View Item View Item