Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas Dan Mentafsir Data dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik

Harun, Siti Hajar and Noordin, Shaharom (2008) Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas Dan Mentafsir Data dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kefahaman kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar didapati telah mendapat perhatian para pendidik. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kefahaman kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221). Kajian ini hanya melibatkan dua kemahiran saintifik iaitu kemahiran mengelas dan mentafsir data. Responden kajian ini adalah melibatkan 35 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada dua program pengajian. Reka bentuk kajian ini adalah Reka Bentuk Ujian Sebelum Dan Ujian Selepas Satu Kelompok (The One Group Pretest-Posttest Design) dengan kursus SPN 2221 sebagai rawatan (treatment). Reka bentuk tinjauan turut dijalankan dalam kajian ini. Pembolehubah bebas yang digunakan adalah jantina dan program pengajian. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data yang mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah α = .85. Soal Selidik Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data turut digunakan dalam kajian ini. Ia mengandungi lapan item dan dianalisis secara kualitatif. Analisis statistik diskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim digunakan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan tahap kefahaman kemahiran mengelas dan mentafsir data selepas mengikuti kursus SPN 2221 iaitu dari tahap lemah kepada sederhana. Bagi jantina terdapat peningkatan tahap kefahaman selepas pelajar mengikuti kursus SPN 2221 di mana pelajar lelaki meningkat dari lemah kepada sederhana manakala pelajar perempuan meningkat dari lemah kepada baik. Begitu juga untuk program pengajian di mana pelajar SPF meningkat dari sederhana kepada baik dan SPP meningkat dari sangat lemah kepada sederhana. Ini menunjukkan tahap kefahaman kemahiran mengelas dan mentafsir data perlu ditingkatkan supaya mencapai tahap cemerlang di mana ia akan menyumbang kepada peningkatan kualiti bakal-bakal guru yang akan akan menjadi tunggak utama kepada generasi akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08579
Subjects: Physics Education > Physics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13420

Actions (login required)

View Item View Item