Persepsi Guru-guru Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar Di Empat Buah Sekolah Rendah Di Daerah Hulu Terengganu

Salleh, Ab. Majid and Hushin, Hassan (2008) Persepsi Guru-guru Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar Di Empat Buah Sekolah Rendah Di Daerah Hulu Terengganu. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengidentifikasikan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan ciri-ciri demografi seperti jantina, umur, kategori perkhidmatan, pengalaman mengajar dan jawatan disandang. Responden kajian ini terdiri daripada 113 orang guru terlatih di empat buah sekolah rendah di daerah Hulu Terengganu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang telah diubahsuai daripada LBDQ (Leadership Behavior Description Questionnaire) untuk mengidentifikasikan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar. Perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) versi 11.5 digunakan untuk menganalisis semua data yang dikumpul. Analisis statistik deskriptif, kekerapan, peratus dan min digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan guru besar yang paling dominan ialah gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan, diikuti dengan gaya kepimpinan partisipatif, gaya kepimpinan menyokong dan gaya kepimpinan mengarah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara daripada persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor demografi. Akhir sekali beberapa cadangan disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, para guru besar dan para penyelidik ke arah memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08572
Subjects: Management of Education > Management and Administration
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13413

Actions (login required)

View Item View Item