Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Pelajar. Satu Kajian di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka.

Besar, Azizah and Arsat, Mahyuddin (2008) Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Pelajar. Satu Kajian di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pelajar merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Maka, adalah penting bagi negara untuk melahirkan generasi yang bebas daripada penyalahgunaan dadah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji faktorfaktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Kaedah deskriptif telah digunakan untuk mengenalpasti empat pembolehubah iaitu sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap dadah. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada pelatih Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science Version 12.00 For Windows bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai Alfa Cronbach daripada kajian rintis yang dijalankan ialah 0.87. Dapatan kajian menunjukkan faktor sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap dadah berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar seperti ibu bapa memberi perhatian kepada anak-anak, guru memantau tingkah laku pelajar dan pelbagai pihak menganjurkan program-program yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08570
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13411

Actions (login required)

View Item View Item