Hubungan Antara Stres Kerja Dengan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru-guru Besar Di Daerah Melaka Tengah

Cheman, Noryati and Mohd Kosnin, Azlina (2008) Hubungan Antara Stres Kerja Dengan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru-guru Besar Di Daerah Melaka Tengah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini berbentuk deskriptif bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap stres kerja dan tahap kepuasan kerja. Seramai 73 orang responden dipilih secara rawak dalam kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data dikumpul melalui set soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 12.0 untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai (SD) dan Korelasi Pearson. Kajian rintis telah dijalankan dalam kalangan 15 orang guru-guru besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai tidak termasuk guru-guru besar daerah Melaka Tengah untuk mengenalpasti kebolehpercayaan item. Bagi kajian rintis, nilai Alfa Cronbach bagi stres kerja ialah 0.89 dan nilai Alfa Cronbach bagi kepuasan kerja ialah 0.86 secara keseluruhan. Dapatan kajian sebenar berdasarkan 73 orang guru-guru besar di daerah Melaka Tengah menunjukkan stres kerja pada tahap rendah dan tahap kepuasan kerja pada tahap sederhana. Hasil analisis ujian Korelasi Pearson ialah r = - 0.55 iaitu menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah. Beberapa cadangan tindakan dan kajian selanjutnya juga disarankan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08568
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13409

Actions (login required)

View Item View Item