Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan pengajaran Guru Pelatih Utm Dalam Menghadapi Latihan mengaja

Md Hanafiah, Zulfahmi and Sulaiman, Seth (2008) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan pengajaran Guru Pelatih Utm Dalam Menghadapi Latihan mengaja. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru pelatih dalam menghadapi latihan mengajar. Faktor-faktor tersebut adalah faktor persediaan pengajaran, faktor persekitaran pengajaran, faktor teknik pengajaran, faktor penggunaan alat bantu mengajar dan bahan bantu mengajar. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A merangkumi butir-butir peribadi responden, manakala Bahagian B pula mengandungi 40 item yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru pelatih. Keberkesanan pengajaran guru pelatih ini dibahagikan kepada tiga tahap iaitu dipengaruhi oleh faktor, sederhana dipengaruhi oleh faktor dan tidak dipengaruhi oleh faktor. Seramai 80 orang responden telah dipilih ialah pelajar tahun akhir iaitu pelajar-pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik, Sains, Matematik dan Kimia), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Pelajarpelajar tersebut telah menjalani latihan mengajar pada semester 1 sesi 2007/2008. Data-data yang diperolehi daripada kajian ini dianalisis dengan berbantukan komputer menggunakan Statistical Package for Social Science (SPPS) versi 10.0. Secara keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan keberkesanan pengajaran guru pelatih dipengaruhi oleh faktor persediaan pengajaran, faktor persekitaran pengajaran, faktor teknik pengajaran, faktor penggunaan alat bantu mengajar dan bahan bantu mengajar pada tahap dipengaruhi oleh faktor

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08567
Subjects: Higher Education > Teacher education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13408

Actions (login required)

View Item View Item