Penggunaan Ict Dalam Tugas-tugas pengurusan Sekolah Di Sekolahsekolah kebangsaan Zon Tiram, daerah Pasir Gudang, Johor

Mohd Alie, Zainuddin and Boon, Yusof (2008) Penggunaan Ict Dalam Tugas-tugas pengurusan Sekolah Di Sekolahsekolah kebangsaan Zon Tiram, daerah Pasir Gudang, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pendapat pentadbir sekolah tentang perisian komputer, tahap penggunaan, tahap kemahiran dan keberkesanan menggunakan ICT dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan di sekolah. Kajian ini telah dijalankan ke atas lima buah sekolah rendah zon Tiram, daerah Pasir Gudang, Johor terdiri daripada 50 orang responden yang terdiri daripada Guru besar, Guru penolong kanan, Guru ketua panitia, penyelaras PPSMI dan Pembantu tadbir kewangan. Data kajian yang diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan Perisian SPSS 11.5 for Windows. Kaedah statistik deskriptif merangkumi pengiraan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Instrumen soal selidik pada nilai Cronbach s Alpha 0.93 digunakan untuk mengumpul data daripada responden. Dapatan kajian menunjukkan kekerapan perisian komputer yang digunakan oleh pengurus sekolah adalah tinggi (94.0 peratus) sementara tahap penggunaan ICT di sekolah pada tahap tinggi dengan Min=2.51, tahap kemahiran menggunakan ICT berada di tahap tinggi dengan Min=4.79 dan keberkesanan menggunakan ICT di sekolah adalah positif (86.2 peratus). Justeru itu, kajian lanjutan tentang kemahiran penggunaan ICT di kalangan pengurus, guru dan kakitangan sokongan sekolah perlu dipertingkatkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08566
Subjects: Management of Education > School Administration and Organization
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13407

Actions (login required)

View Item View Item