Komitmen Guru-guru terhadap Pengurusan Kokurikulum di Sekolah-sekolah Kebangsaan Negeri Johor

Jalaludin, Jamaliah and Abdul Ghafar, Mohammed Najib (2008) Komitmen Guru-guru terhadap Pengurusan Kokurikulum di Sekolah-sekolah Kebangsaan Negeri Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kaitan antara tahap komitmen guru-guru dengan tahap pengetahuan dan tahap kemahiran pengurusan dalam menguruskan aktiviti kokurikulum di Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 402 orang guru yang menjadi guru pembimbing kegiatan kokurikulum di 17 buah sekolah rendah di negeri Johor. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Stastistical Packages For Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan tahap komitmen bagi responden adalah tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap pengetahuan responden dalam pengurusan kokurikulum berada pada tahap sederhana. Manakala dari aspek kemahiran pengurusan tahap responden adalah tinggi. Dari dapatan kajian juga, terdapat perkaitan antara komitmen responden dengan kemahiran melaksana pengurusan kokurikulum.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08565
Subjects: Management of Education > School Administration and Organization
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13406

Actions (login required)

View Item View Item