Pembinaan Instrumen Penilaian Untuk Menilai Perisian Cdrom interaktif (cdri) Matapelajaran Fizik Sekolah menengah Kebangsaan

Arifin, Juwairiah and Hassan, Johari (2008) Pembinaan Instrumen Penilaian Untuk Menilai Perisian Cdrom interaktif (cdri) Matapelajaran Fizik Sekolah menengah Kebangsaan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina satu instrumen penilaian iaitu Borang Penilaian CDRI Matapelajaran Fizik yang boleh digunakan untuk membantu para guru, penilai/ pembangun perisian, penyelidik dan individu menilai kandungan perisian PBK dengan lebih komprehensif dan praktikal pada setiap aspek dalam perisian CDRI matapelajaran Fizik. Secara khususnya, instrumen penilaian yang dihasilkan dikaji dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik soalan terbuka untuk menganalisa apakah pandangan, komen, serta cadangan untuk penambahbaikan kesesuaian instrumen yang dibina. Kajian dijalankan terhadap 2 orang pakar bidang multimedia, 49 orang guru matapelajaran fizik, dan 4 orang guru matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara berperingkat. Seterusnya, semua data yang diperolehi melalui instrumen penilaian dianalisa menggunakan statistik deskriptif. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.947. Nilai skor min yang diperolehi adalah 3.7930, menunjukkan nilai ini berada tahap keberkesanan perisian yang tinggi. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati instrumen penilaian yang dibina ini masih kurang sesuai digunakan secara komperehensif, namun boleh digunakan secara praktikal.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08564
Subjects: Physics Education > Physics Education
Educational Technology > Computer Aided Learning
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13405

Actions (login required)

View Item View Item