Persepsi Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Prasekolah kerajaan Dan Swasta Di Daerah Segamat

S. Murugesu, Jayanthy and Yahaya, Azizi (2008) Persepsi Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Prasekolah kerajaan Dan Swasta Di Daerah Segamat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah kerajaan dan swasta di Daerah Segamat. Objektif kajian ini terdiri daripada beberapa bahagian iaitu untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap prasekolah kerajaan dan swasta, kemudahan infrastruktur yang disediakan di prasekolah kerajaan dan swasta, pengetahuan guru di prasekolah kerajaan dan swasta, keberkesanan kurikulum di prasekolah kerajaan dan swasta, pencapaian murid prasekolah kerajaan dan swasta dan mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara kemudahan infrastruktur, pengetahuan guru, kurikulum prasekolah dan pencapaian pelajar dengan persepsi ibu bapa prasekolah kerajaan dan swasta. Kajian ini telah melibatkan seramai 80 orang ibu bapa yang menghantar anak mereka ke prasekolah kerajaan dan swasta di Daerah Segamat melalui kaedah soal selidik. Data yang telah dikumpulkan kemudiannya dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) dalam bentuk kekerapan, peratusan dan nilai min. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan kecil antara prasekolah kerajaan dan swasta dari segi faktor-faktor persepsi ibu bapa, kemudahan infrastruktur, pengetahuan guru, keberkesanan kurikulum dan pencapaian pelajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08562
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13404

Actions (login required)

View Item View Item