Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru-guru Teknikal.

Khalip, Hasnisham and Arsat, Mahyuddin (2008) Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru-guru Teknikal. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kehadiran teknologi multimedia merupakan saluran yang penting bagi penyebaran maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran manakala guru-guru merupakan kunci kejayaan kepada aplikasi teknologi multimedia tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan perisian multimedia di kalangan guru-guru Teknikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran di empat buah sekolah Men Teknik di Daerah Johor Bahru. Kajian ini melibatkan guru Teknik di daerah Johor Bahru. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set soalan soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Science, Version 12.0 (SPSS). Hasil penganalisaan data diterangkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah perisian yang gemar digunakan ialah Tutorial, Latih Tubi dan Demonstrasi. Manakala kekerapan guru-guru menggunakan perisian multimedia adalah rendah. Persepsi guru dalam penggunaan perisian multimedia adalah pada aras tinggi manakala masalah yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan perisian multimedia pula adalah pada aras sederhana. Melalui kajian ini beberapa tindakan boleh diambil untuk meningkatkan kemahiran berkomputer kepada mereka diantaranya dengan memperbanyakkan kursus-kursus kemahiran komputer seperti kursus intensif, bengkel dan sebagainya untuk menghasilkan sendiri perisian multimedia berkait dengan matapelajaran yang diajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08561
Subjects: Educational Technology > Multimedia Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13403

Actions (login required)

View Item View Item