Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Keelektromagnetan, Fizik Tingkatan Lima Berasaskan Pendekatan Konseptual Melalui Visual

Hell Mee (spp), Halimatun Saadiah and Mohd Salleh, Shaharuddin (2008) Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Keelektromagnetan, Fizik Tingkatan Lima Berasaskan Pendekatan Konseptual Melalui Visual. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Bahan pembelajaran yang bermutu merujuk kepada bahan yang dibina berdasarkan sukatan mata pelajaran bagi mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Lima. Dan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) amat diperlukan bagi mengatasi masalah ketidaksesuaian bahan P&P. Kajian yang dilakukan merangkumi pembinaan dan penilaian terhadap sebuah Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Keelektromagnetan bagi mata pelajaran Fizik KBSM tingkatan Lima. Model yang digunakan untuk MPK ini adalah Model Meyer. MPK Keelektromagnetan ini meliputi lima topik besar iaitu Kesan magnet yang disebabkan oleh konduktor membawa arus, Daya magnet ke atas dawai membawa arus, Aruhan elektromagnet, Transformer, dan Penjanaan dan penghantaran berdasarkan sukatan mata pelajaran Fizik Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2006. MPK ini digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru fizik dan pelajar aliran Sains tingkatan 5. Pendekatan secara konseptual dan visual diterapkan dalam pembangunan ini. Alat pengarangan yang digunakan dalam perisian ini ialah Adobe PageMaker 7.0 dan Microsoft Word. Melalui MPK ini, diharapkan guru dan pelajar dapat meningkatkan penghayatan, penguasaan dan prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Fizik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08560
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Physics Education > Physics Education
Educational Technology > Instructional Technology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13402

Actions (login required)

View Item View Item