Gaya Pengurusan Konflik guru Dalam Kalangan Guru Besar Sekolah Rendah daerah Johor Bahru

Abd Kadir, Normah and Lokman, Mohd Tahir (2008) Gaya Pengurusan Konflik guru Dalam Kalangan Guru Besar Sekolah Rendah daerah Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Konflik merupakan fenomena semulajadi yang dialami oleh setiap individu yang berinteraksi dengan individu lain. Setiap orang mempunyai gaya tersendiri dalam menguruskan konflik mengikut kesesuaian dan keadaan. Maka kajian ini cuba meneliti gaya penyelesaian konflik yang digunakan oleh guru besar menggunakan lima kaedah yang dikemukan dalam model Thomas-Kilmann iaitu gaya persaingan, kolaborasi, mengelak, akomodasi dan tolak ansur. Soal selidik yang digunakan adalah diadaptasi daripada Model Konflik Thomas Kilmann. Populasi kajian adalah 88 orang guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru yang dipilih sebagai responden. Bagi menilai dapatan kajian ini, dua jenis statistik yang digunakan iaitu statistik deskriptif mendapatkan jumlah skor, min dan peratus. Manakala statistik inferensi untuk pengujian hipotesis iaitu menggunakan Ujian-t dan ANOVA. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa min pengurusan konflik adalah gaya kolaborasi yang paling digemari dan min gaya persaingan paling kurang digemari. Data daripada pengujian hipotesis juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina, umur, taraf akademik, tempoh perkhidmatan sebagai guru besar dan keterlibatan kursus pengurusan konflik dengan gaya pengurusan konflik guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08559
Subjects: Management of Education > School Administration and Organization
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13401

Actions (login required)

View Item View Item