Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolahsekolah kebangsaan Di Daerah Kota Tinggi, Johor

Mohamad, Nurlia and Said, Hamdan (2008) Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolahsekolah kebangsaan Di Daerah Kota Tinggi, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian diskritif ini bertujuan untuk meninjau penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah; mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah; dan mengenalpasti implikasi amalan penyeliaan pengajaran terhadap profesionalisme guru dari segi peningkatan kualiti pengajaran, perkukuhan hubungan profesionalisme, perkongsian pengalaman dan pengetahuan, dan bantuan kepada guru dalam proses pengajaran. Sampel kajian melibatkan 321 orang guru dari sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi Johor. Soal selidik yang diubahsuai dari kajian terdahulu digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS dan hasil analisis dilaporkan dalam bentuk statistik diskriptif. Kebolehpercayaan instrumen menggunakan Alpha Cronbach ialah 0.914 bagi bahagian B dan 0.889 bagi Bahagian C. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tanggapan yang positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah; amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi; dan penyeliaan pengajaran yang diamalkan berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru dari segi kualiti guru, perkongsian pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, dan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya penyeliaan pengajaran ini didapati kurang berkesan dalam memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara penyelia dan guru.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08558
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13400

Actions (login required)

View Item View Item