Gaya Pembelajaran Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana muda Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti teknologi Malaysia Berdasarkan Model gaya Pembelajaran Bernice Mccarthy

Husin, Nur Hifzan and Nordin, Aziz (2008) Gaya Pembelajaran Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana muda Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti teknologi Malaysia Berdasarkan Model gaya Pembelajaran Bernice Mccarthy. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar. Kajian ini melibatkan 152 orang responden yang terdiri daripada 25 orang lelaki dan 127 orang perempuan pelajar tahun akhir dari tujuh pengkhususan berbeza di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur empat kategori gaya pembelajaran. Empat kategori gaya pembelajaran oleh Bernice McCarthy adalah kategori Praktikal, Analisis dan Teori, Imaginatif dan Inovatif, dan Dinamik dan Intuitif. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.8773. Hasil kajian mendapati bahawa gaya pembelajaran yang paling dominan di kalangan pelajar adalah kategori Dinamik dan Intuitif (min 3.92) diikuti dengan kategori Imaginatif dan Inovasi (min 3.87), Praktikal (min 3.82), dan Analisis & Teori (min 3.72). Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan supaya gaya pembelajaran yang bersesuaian dapat diamalkan oleh setiap pelajar.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08555
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13398

Actions (login required)

View Item View Item