Kecerdasan Pelbagai Dikalangan Kanak-kanak prasekolah Serta Strategi Pengajaran Yang Digunakan untuk Mengajar Kanak-kanak Prasekolah. suatu Kajian Kes

Mohd Idrus, Nur Aimi and Hassan, Johari (2008) Kecerdasan Pelbagai Dikalangan Kanak-kanak prasekolah Serta Strategi Pengajaran Yang Digunakan untuk Mengajar Kanak-kanak Prasekolah. suatu Kajian Kes. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kecerdasan pelbagai dapat dikenalpasti seawal peringkat kanak-kanak lagi. Dengan itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak prasekolah, mengenalpasti strategi pengajaran yang digunakan bagi mengajar kanak-kanak prasekolah dan mengenalpasti perkaitan antara kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak serta strategi pengajaran yang digunakan dalam mengajar kanak-kanak prasekolah. Kajian ini mempunyai dua kumpulan responden iaitu pelajar tadika dan juga guru yang mengajar mereka. Seramai 72 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan juga 6 orang guru yang mengajar dipilih dari 3 buah tadika. Dua set soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan α = 0.925 bagi pelajar dan 0.971 bagi guru telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Analisis data dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science, SPSS 15.0 for Windows bagi mendapatkan hasil kajian dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Purata taburan peratus digunakan bagi mendapatkan keputusan yang mempunyai tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kecerdasan pelbagai dikalangan kanakkanak prasekolah dapat dikenalpasti dengan majoriti kanak-kanak mempunyai kecerdasan muzikal yang tinggi. Purata peratus bagi kecerdasan muzikal ini ialah 91.7%. Selain itu, strategi pengajaran yang digunakan oleh guru juga dapat dikenalpasti dimana setiap guru mengambil kira teori kecerdasan pelbagai dalam strategi pengajaran yang digunakan. Ini menunjukkan terdapat perkaitan positif antara kecerdasan pelbagai dikalangan kanak-kanak prasekolah dan juga strategi pengajaran yang digunakan oleh guru yang mengajar kanak-kanak prasekolah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08553
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13396

Actions (login required)

View Item View Item