Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam terhadap Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan ummah : Satu Kajian Terhadap Pelajar Spi Utm

Ab Hamid, Siti Fatimah and Sayed Ahmad, Sayed Mahussain (2008) Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam terhadap Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan ummah : Satu Kajian Terhadap Pelajar Spi Utm. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan bagi Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap harta wakaf dan peranannya dalam pembangunan ummah dan pembangunan tanah wakaf dalam aspek perkembangan ekonomi umat Islam di Malaysia. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 58 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dan set soal selidik yang mengandungi 36 soalan telah diedarkan kepada responden serta dianalisis secara diskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 12.0 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah a = 0.876. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan persepsi pelajar SPI terhadap konsep harta wakaf berada pada tahap tinggi iaitu 4.11. Diikuti persepsi pelajar SPI terhadap peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah berada pada tahap tinggi iaitu 4.07. Kemudian, kefahaman pelajar SPI terhadap pembangunan tanah wakaf dalam aspek perkembangan ekonomi umat Islam di Malaysia berada pada tahap tinggi iaitu 3.85. Sebagai maklum balas kepada kajian yang telah dilakukan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada beberapa pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08551
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13394

Actions (login required)

View Item View Item