Hubungan Antara Stres Dengan Kepuasan Kerja Guru Penolong kanan Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Kulai.

Set Fun, Siow and Md Johan, Othman (2008) Hubungan Antara Stres Dengan Kepuasan Kerja Guru Penolong kanan Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Kulai. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap stres, tahap kepuasan kerja dan hubungan antara stres dengan kepuasan guru penolong kanan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai. Seramai 42 orang guru penolong kanan yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Kulai telah menjadi responden bagi tujuan kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Set soalan soal selidik ini mengandungi instrumen yang diubahsuai untuk mengukur tahap kepuasan responden. Nilai kebolehpercayaan instrumen untuk mengukur stres ialah 0.893 sementara index bagi kepuasan kerja adalah 0.839. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows versi 12.0. Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan min digunakan untuk menganalisis tahap stres dan kepuasan kerja manakala korelasi Pearson r digunakan untuk melihat hubungan antara stres dengan kepuasan kerja di kalangan responden. Hasil kajian mendapati tahap stres responden berada pada tahap rendah manakala tahap kepuasan pula berada di tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja di mana nilai korelasi yang diperolehi ialah 0.021.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08550
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13393

Actions (login required)

View Item View Item