Gaya Komunikasi Guru Besar Dan Hubungannya Dengan Motivasi Guru: Kajian Di Sekolah-sekolah Kebangsaan Zon Tangkak, Ledang

Ahmad, Noraini Hayati and Yasin, M.al-muzzammil (2008) Gaya Komunikasi Guru Besar Dan Hubungannya Dengan Motivasi Guru: Kajian Di Sekolah-sekolah Kebangsaan Zon Tangkak, Ledang. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya komunikasi Guru Besar dan hubungannya dengan motivasi guru di sebelas buah sekolah kebangsaan zon Tangkak Ledang. Responden terdiri daripada 159 orang guru yang mengajar di SK. Bandar Tangkak, SK. Seri Tangkak, SK. Ledang, SK. Sagil Kampong, SK. Payamas, SK. Sialang, SK. Bukit Banjar, SK. Puteri Ledang, SK. Seri Maamor, SK. Pengkalan Besar dan SK. Bekoh. Data dikumpulkan menggunakan instrumen borang soal-selidik yang mengandungi 24 item. Prosedur analisis data kajian melibatkan pengiraan statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistic Packages for Social Science (SPSS) Versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya komunikasi penyertaan paling banyak diamalkan oleh Guru Besar di sekolah dan min yang diperolehi ialah sebanyak 4.39 (tahap tinggi), sementara gaya komunikasi konsultasi paling kurang diamalkan iaitu memperolehi min sebanyak 3.99 tetapi masih ditahap tinggi. Analisis data bagi gaya komunikasi memberitahu memperolehi min sebanyak 4.16 (tahap tinggi) dan gaya komunikasi memujuk memperolehi min 4.13 (tahap tinggi). Analisis data juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi memberitahu, memujuk, konsultasi dan penyertaan dengan motivasi guru-guru di sekolah. Nilai korelasi Pearson yang diperolehi bagi gaya komunikasi memberitahu, memujuk, konsultasi dan penyertaan dengan motivasi guru-guru ialah 0.247, 0.247, 0.215 dan 0.270. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya menepati objektif dan menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08549
Subjects: Educational Psychology > Educational Psychology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13392

Actions (login required)

View Item View Item