Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web menggunakan Pendekatan Inkuiri Berpandukan Model webquest Bagi Topik Asas Rekabentuk Laman Web

Tukiman, Nor Elina and Harun, Jamaludin (2008) Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web menggunakan Pendekatan Inkuiri Berpandukan Model webquest Bagi Topik Asas Rekabentuk Laman Web. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Projek ini bertujuan untuk membangunkan sistem pembelajaran menerusi web yang bertajuk Asas Pembangunan Laman Web yang direkabentuk berdasarkan pendekatan pembelajaran inkuiri dan disokong dengan persekitaran pembelajaran WebQuest. WebQuest merupakan model yang dibangunkan oleh Bernie Dodge (1995) untuk membina pembelajaran berasakan inkuiri dimana semua maklumat yang digunakan oleh pengguna adalah datangnya dari web. Persekitaran pembelajaran ini juga dipilih untuk merekabentuk pembelajaran dan aktiviti berasaskan inkuiri dimana ia dapat mengaktifkan pengajaran, menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pembelajaran mereka, membantu mereka memahami dari pelbagai perspektif, dan meningkatkan kemahiran dalam membuat keputusan. Sistem pembelajaran berasaskan web ini dibina berdasarkan model rekabentuk; ADDIE. Macromedia Dreamweaver 8 telah digunakan sebagai perisian pengarangan utama dalam membina pembelajaran berasaskan web, dan disokong oleh perisian aplikasi seperti Macromedia Flash MX 2004, Adobe Photoshop CS, SWISHmax , Sony Sound Forge dan Comic Life. Adalah diharapkan dengan kombinasi teknologi berasaskan web dengan pendekatan pembelajaran inkuiri ini akan dapat meningkatkan pemahaman pengguna tentang asas rekabentuk laman web seterusnya menjadikan pembelajaran lebih aktif, bermakna dan menarik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08548
Subjects: Educational Technology > Internet Computing
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13391

Actions (login required)

View Item View Item