Faktor-faktor Stres Di Kalangan Guru Yang Mengajar Mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Mersing, Johor.

Ng, Gek Lui and Sihes, Ahmad Johari (2008) Faktor-faktor Stres Di Kalangan Guru Yang Mengajar Mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina daerah Mersing, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor-faktor stres di kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Mersing. Seramai 21 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Mersing dijadikan responden dalam kajian ini. Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik. Faktor yang dikaji meliputi sikap murid, sikap ibu bapa, komunikasi antara guru dan murid, dan sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan. Analisis data dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science 11.5 (SPSS). Hasil analisis menunjukkan aspek komunikasi antara guru dengan murid merupakan aspek yang paling mempengaruhi stres guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Mersing. Ini diikuti dengan sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan. Manakala sikap murid dan sikap ibu bapa kurang mempengaruhi stres guru-guru di kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menangani masalah stres di kalangan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Daerah Mersing.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08546
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13389

Actions (login required)

View Item View Item