Persepsi Guru Terhadap Faktor-faktor Yang mendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen di Sekolah Sjk ( C ) Zon Selatan Daerah Kulai Johor

Kho, Bee Chin and Hamdan, Abdul Rahim (2008) Persepsi Guru Terhadap Faktor-faktor Yang mendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen di Sekolah Sjk ( C ) Zon Selatan Daerah Kulai Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen di enam buah sekolah SJK (C) Zon Selatan, Daerah Kulai. Seramai 80 orang responden, dari sekolah-sekolah tersebut dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan persampelan dilakukan secara persampelan rawak mudah kelompok atas kelompok. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah 0.89. Data-data yang dikumpulkan dianalisis secara perisian Statistical Package for Social Scinece (SPSS 11.5 for Windows). Statistik deskriptif iaitu kekerapan dan min digunakan untuk menganalisis tahap faktor yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor ibu bapa merupakan faktor terutama yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. Faktor kendiri merupakan faktor yang kedua pentingnya dengan min keseluruhan 3.18 iaitu pada tahap sederhana, manakala faktor rakan sebaya pula mencatat min keseluruhan 3.02, dan juga pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan persepsi guru-guru terhadap sebab utama ibu bapa menghantarkan anak-anak ke kelas tuisyen kerana mereka mementingkan prestasi akademik anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa terlalu sibuk dan juga kekurangan kepakaran untuk membimbing anak-anak mereka.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08544
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13387

Actions (login required)

View Item View Item