Penyeliaan Pengajaran Di Sekolah Jenis Kebangsaan (tamil) daerah Kulai, Johor.

Rammasamy, Kalianand and Said, Hamdan (2008) Penyeliaan Pengajaran Di Sekolah Jenis Kebangsaan (tamil) daerah Kulai, Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti penyeliaan pengajaran di lima buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai, Johor. Seramai 120 orang guru terlibat dalam kajian ini. Jawapan yang mereka berikan melalui soalselidik yang diedarkan telah dianalisis ke dalam bentuk kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian komputer SPSS. Soal-selidik yang diubahsuai dari kajian terdahulu digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan diskriptif, dengan itu kaedah statistik deskriptif menggunakan untuk menganalisa data-data yang dikumpulkan. Statistik deskriptif juga digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai mempunyai tanggapan positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah; amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi; dan penyeliaan pengajaran yang diamalkan berkesan dalam meningkatkan kualiti guru, perkongsian pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara penyelia dan guru.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08543
Subjects: Evaluation and Assessment > Evaluation and Measurement
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13386

Actions (login required)

View Item View Item