Penerapan Unsur Sejarah Dalam Pengajaran Dan pembelajaran Matematik Bagi Topik teorem Pythagoras

Kumarasamy, Komala and Kailani, Ismail (2008) Penerapan Unsur Sejarah Dalam Pengajaran Dan pembelajaran Matematik Bagi Topik teorem Pythagoras. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Penerapan unsur sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu aspek yang diberikan tumpuan khas dalam sukatan pelajaran matematik. Justeru, kajian ini disediakan untuk mendedahkan unsur sejarah dalam pembelajaran matematik khasnya bagi topik teorem Pythagoras. Teorem Pythagoras adalah salah satu elemen penting dalam bidang matematik khususnya bidang geometri. Teorem ini telah berkembang sejak 2500 tahun yang lalu, menyatakan jika x dan y adalah sisi-sisi terkecil segitiga tepat dan z adalah hipotenus, jadi x2 + y2 = z2. Teorem Pythagoras dipercayai dijumpai oleh Pythagoras dan pengikutnya yang dikenali sebagai Pythagoren. Namun, orang Mesir, Cina dan India juga mengetahui tentang teorem ini. Dalam kajian ini, telah dipermukakan empat jenis teknik pengajaran pembuktian teorem Pythagoras yang mudah dan berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik penemuan merupakan teknik yang menggunakan bahan konkrit seperti kertas bintik dan batang Cuisenaire untuk membuktikkan teoram Pythagoras. Teknik keratan merupakan teknik pemotongan kertas dan teknik transformasi geometri berasaskan pemahaman translasi dan putaran. Pembutkian oleh Presiden Garfield pula menggunakan hubungan luas trapezium. Diharap dapatan kajian ini memperkayakan pengetahuan dan kefahaman kita terhadap teorem Pythagoras dan menjadi perangsang kepada kita untuk mendalami lagi sejarah matematik

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08542
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13385

Actions (login required)

View Item View Item