Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah mengenai Ikatan Kimia

Othman, Hafilah and Arshad, Mohammad Yusof (2008) Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah mengenai Ikatan Kimia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kefahaman pelajar dalam menerangkan konsep asas kimia dalam tajuk Ikatan Kimia. Kajian turut mengenal pasti kerangka alternatif pelajar yang wujud. Seramai 100 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dari empat buah sekolah menengah di daerah Marang, Terengganu terlibat sebagai sampel kajian. Soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B dijadikan sebagai instrumen kajian. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden manakala bahagian B terdiri daripada 26 item yang menguji konsep ikatan kimia. Data-data kajian yang dikumpul dianalisis secara manual dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Tahap penguasaan pelajar ditentukan berdasarkan rujukan kriteria gred yang biasa digunakan iaitu Penilaian Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS). Secara keseluruhan, kefahaman pelajar mengenai konsep ikatan kimia adalah pada tahap yang sangat lemah. Beberapa implikasi kajian dan cadangan dibincang dan dibuat rumusan. Cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08539
Subjects: Chemistry Education > Chemistry Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13382

Actions (login required)

View Item View Item