Penggunaan Pusat Akses Sekolah dalam Kalangan Guru Di Pusat Kegiatan Guru zon Tasek Utara, Johor Bahru

Mohd Lani, Hamiyah and Sidin, Zaitun (2008) Penggunaan Pusat Akses Sekolah dalam Kalangan Guru Di Pusat Kegiatan Guru zon Tasek Utara, Johor Bahru. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Ia berfungsi ala kafe siber. Kajian ini adalah untuk melihat faktor faktor yang mendorong penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat akses sekolah dan juga mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan pusat akses sekolah. Faktor demografi yang diambilkira dalam kajian ini ialah umur dan pengalaman mengajar. Responden kajian terdiri daripada 83 orang guru di tujuh buah sekolah rendah yang mempunyai pusat akses di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru . Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Nilai min keseluruhan yang diperolehi pada 3.59 menunjukkan penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru berada pada tahap sederhana. Hasil kajian menunjukkan lokasi pusat akses sekolah dan galakan pentadbir merupakan faktor pendorong utama penggunaan pusat akses sekolah. Dapatan juga mendapati aktiviti yang tinggi dilakukan oleh guru ialah mengakses internet untuk mencari bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Golongan guru yang berumur 25 hingga 30 tahun merupakan golongan yang paling ramai dan aktif dalam menggunakan pusat akses sekolah. Serangan virus merupakan halangan utama namun begitu ia berada pada tahap yang rendah dan bukan menjadi penghalang kepada penggunaan dan aktiviti yang dilakukan. Kajian ini juga mencadangkan agar pihak sekolah dapat memastikan penggunaan pusat akses sekolah dapat dimanfaatkan ke tahap maksima dengan mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran secara efektif.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08537
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13380

Actions (login required)

View Item View Item