Kerja Berpasukan Dalam Kalangan Guru Sekolah kebangsaan Parit Setongkat Muar

Haron Khan, Bibi Sakinah and Boon, Yusof (2008) Kerja Berpasukan Dalam Kalangan Guru Sekolah kebangsaan Parit Setongkat Muar. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan dan tahap kerja berpasukan di kalangan guru Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat, Muar. Kajian ini melibatkan 55 orang responden. Soal selidik yang mengandungi 31 soalan objektif digunakan sebagai instrumen kajian. Data yang di perolehi dianalisis dalam bentuk kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Pakcages for Social Sciences) Version 15.0. Hasil kajian mendapati tahap min keseluruhan bagi pengetahuan ialah 4.58. Tahap kerja berpasukan pula ialah 4.44. Ini mencerminkan satu tahap yang tinggi. Hasil kajian juga mendapati tiada perbezaan tahap pengetahuan dan tahap kerja berpasukan mengikut jantina mahupun pengalaman. Berdasarkan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan kerja berpasukan di sekolah ini dan akan terus mengekalkan sekolah ini sebagai sekolah cemerlang.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08535
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13378

Actions (login required)

View Item View Item