Keberkesanan Program Gemilang 7 (g7) Satu Kajian Kes di Daerah Segamat

Haji Buang, Ismail and Abu Bakar, Zainudin (2008) Keberkesanan Program Gemilang 7 (g7) Satu Kajian Kes di Daerah Segamat. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat pelaksanaan perkongsian pintar Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Segamat. Fokus utama kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kemudahan di SKM dan pendapat serta cadangan Guru Besar SKM tentang perkongsian yang dilaksanakan. Empat aspek tahap kemudahan yang dikaji iaitu kajian tentang tahap kemudahan fizikal, sumber manusia, peralatan dan bahan, dan bahan rujukan. Seramai enam guru besar sebagai responden terlibat dalam kajian ini. Responden ini adalah terdiri daripada Guru Besar SKM yang terlibat di dalam Program Gemilang 7. Semua data diperolehi daripada soal selidik. Soal selidik mengandungi enam bahagian iaitu; Bahagian A, latar belakang sekolah dan latar belakang responden, Bahagian B, tahap kemudahan fizikal, Bahagian C, tahap sumber manusia, Bahagian D, tahap kemudahan peralatan/bahan, Bahagian E, tahap kemudahan rujukan dan Bahagian F, pendapat dan cadangan responden. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah α = 0.8263. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan SPSS (Statictical Package For Social Science) 12.0 untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tahap fizikal berada pada tahap sederhana manakala tahap sumber manusia, peralatan/bahan dan rujukan berada pada tahap rendah sekaligus menunjukkan bahawa SKM G7 mengalami banyak masalah. Beberapa saranan hasil daripada kajian dibincangkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08532
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13375

Actions (login required)

View Item View Item