Gaya Pembelajaran Dan Kesannya Terhadap Penglibatan pelajar Tahun Akhir Kursus Spp, Spk Dan Spt Fakulti pendidikan Dalam Persekitaran E-pembelajaran

Hamzah, Ilani and Harun, Jamaludin (2008) Gaya Pembelajaran Dan Kesannya Terhadap Penglibatan pelajar Tahun Akhir Kursus Spp, Spk Dan Spt Fakulti pendidikan Dalam Persekitaran E-pembelajaran. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui gaya pembelajaran pelajar tahun akhir dan juga untuk mengkaji perkaitan antara gaya pembelajaran dan kesan terhadap penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran di UTM. Responden kajian adalah terdiri daripada 69 orang pelajar-pelajar tahun akhir 4SPP, 4SPT dan 4SPK Fakulti Pendidikan, UTM. Gaya pembelajaran yang digunakan didalam kajian ini adalah Gaya Pembelajaran Kolb. Instrumen kajian terdiri daripada 1 set borang soal selidik yang mengandungi 39 item terdiri daripda 4 bahagian. Nilai kebolehpercayaan alpha yang diperoleh adalah 0.832. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statictical Packages for Sosial Science (SPSS) versi 11.5 dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan dan min bagi setiap item didalam borang soal selidik. Penggunaan sistem E-Pembelajaran adalah pada tahap tinggi iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakkan pelajar bersetuju sistem E-Pembelajaran memberikan bahan yang berguna yang membantu proses P&P pelajar adalah kandungan isi pembelajaran. Kesemua faktor-faktor dalam kategori ini memberikan nilai min yang tinggi iaitu 3.83. Selain itu, dapatan berikutnya menyatakan kebanyakkan responden cenderung mempunyai gaya pembelajaran jenis Asimilasi. Akhirnya, didapati hubungan yang singnifikan antara gaya pembelajaran dengan penglibatan pelajar didalam E-Pembelajaran (r=0.419). Kesimpulannya, keputusan daripada kajian ini mendapati bahawa perkaitan antara gaya pembelajaran dan kesan terhadap penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran adalah pada tahap seder

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08531
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13374

Actions (login required)

View Item View Item