Ciri Ciri pengurus Pertengahan sekolah Rendah Yang Berkesan

Selamat, Yos Fatimah and Abd Rahman, Mohd Anuar (2008) Ciri Ciri pengurus Pertengahan sekolah Rendah Yang Berkesan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Penyelidikan deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti kualiti diri dan kemahiran pengurusan pengurus pertengahan di sekolah rendah serta kursus dan latihan yang diperlukan. Seramai 156 orang pengurus-pengurus pertengahan daripada 13 buah sekolah sekolah rendah gred A di Zon Majidi telah digunakan sebagai responden kajian. Satu set soal selidik telah dibina berdasarkan senarai kualiti diri yang dihasilkan oleh West Sussex Advisory and Inspection Service (1994) dan soal selidik Team-work KSAs yang dibangunkan oleh Steven (1993) bagi kemahiran pengurusan. Kajian rintis melibatkan 14 orang guru Sekolah Kebangsaan Taman Suria telah dijalankan dan nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi (0.9615). Statistik deskriptif min dan sisihan piawai serta statistik inferensi yang melibatkan Ujiant dan korelasi telah digunakan untuk menganalisa data. Dapatan kajian menunjukkan lima kualiti diri yang paling utama perlu ada pada pengurus pertengahan ialah bersikap terbuka dan jujur dengan rakan sekerja, mempunyai budi pekerti yang baik dan mudah berjumpa serta didampingi, tingkahlaku yang berwibawa, menunjukkan keyakinan dan ketenangan diri dan konsisten. Sementara senarai keperluan aspek kemahiran pengurusan yang utama bagi pengurus pertengahan adalah aspek komunikasi, diikuti oleh aspek perancangan dan penyelarasan tugas, penetapan matlamat dan pengurusan prestasi, penyelesaian masalah secara kolaboratif dan penyelesaian konflik. Dapatan juga menunjukkan bahawa kursus dan latihan yang paling diperlukan oleh pengurus pertengahan sekolah rendah adalah dari keperluan profesion diikuti oleh keperluan individu dan keperluan organisasi. Kajian juga telah menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi ciriciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis sekolah. Manakala analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara aspek-aspek dalam kemahiran pengurusan. Akhirnya beberapa cadangan tindakan telah dikemukakan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08529
Subjects: Management of Education > School Administration and Organization
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13372

Actions (login required)

View Item View Item