Tahap Penggunaan Ict Dalam P&p Di Kalangan Pelajar Jabatan Multimedia Pendidikan ( Spk, Spp, Spt ) Utm Semasa menjalani Latihan Praktik

Tuan Mahmood, Tuan Arif and M Said, Mohd Nihra Haruzuan (2008) Tahap Penggunaan Ict Dalam P&p Di Kalangan Pelajar Jabatan Multimedia Pendidikan ( Spk, Spp, Spt ) Utm Semasa menjalani Latihan Praktik. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan dan kemahiran serta masalah yang dihadapi dalam penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat di kalangan guru pelatih UTM semasa latihan praktik. Seramai 88 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Jabatan Multimedia Fakulti Pendidikan yang telah menjalani latihan praktik dipilih. Instrumen kajian yang digunakan ialah set borang soal selidik yang menggunakan pemeringkatan Skala Likert dan analisis menggunakan SPSS 15.0 (Statistic Package for Social Science) untuk mendapatkan nilai statistik dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Min taburan peratus dikelaskan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Nilai alpha yang diperolehi semasa kajian rintis yang melibatkan 10 orang responden adalah 0.796. Hasil kajian mendapati tahap penggunaan ICT ini di kalangan responden berada pada tahap yang menghampiri tinggi. Kajian mendapati sumber seperti komputer dan pencetak kerap digunakan oleh guru pelatih semasa menjalani latihan praktik Bagi tahap kemahiran dan cara penggunaan ICT pula, ianya berada pada tahap sederhana. Selain itu, masalah dominan terhadap penggunaan ICT yang dikenalpasti adalah kekurangan kemudahan ICT di sekolah.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08528
Subjects: Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13371

Actions (login required)

View Item View Item