Kesan Penggunaan Bola Getah Dan Bola Pertandingan terhadap Prestasi Menyangga Bola Tampar Di Kalangan atlet Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor

Yusoff, Habiballah and Zainuddin, Zainal Abidin (2008) Kesan Penggunaan Bola Getah Dan Bola Pertandingan terhadap Prestasi Menyangga Bola Tampar Di Kalangan atlet Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menyelidik kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar dikalangan atlet UTM. Subjek terdiri daripada 12 orang (umur 19-25 1.68) dan dipilih secara rawak. Ujian dijalankan dengan melakukan tiga jenis aktiviti iaitu ujian ketepatan, ujian kelajuan dan ujian tahap kesakitan. Alat Newtest Powertimer Testing System digunakan untuk menguji tahap kelajuan bola dan Russel-Lange Volleyball Test digunakan untuk menguji tahap ketepatan bola. Manakala tahap kesakitan pula diuji dengan menggunakan kad skor Visual Analog Scale (VAS). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science version 10 (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan penggunaan bola getah dan bola pertandingan terhadap prestasi menyangga bola tampar dikalangan atlet dan hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p < 0.05 diterima. Secara kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan yang ketara terhadap prestasi lakuan menyangga menggunakan bola getah dan bola pertandingan dikalangan atlet Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08527
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13370

Actions (login required)

View Item View Item