Amalan Surirumah Terhadap Penyediaan Makanan Untuk Keluarga Di Felda Nitar 02, Mersing, Johor : Satu Tinjauan

Azeman, Lizawati and Mohd Said, Mohd Rizal (2008) Amalan Surirumah Terhadap Penyediaan Makanan Untuk Keluarga Di Felda Nitar 02, Mersing, Johor : Satu Tinjauan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga bagi empat aspek iaitu kaedah memasak, kebersihan makanan, pengetahuan asas dan penglibatan ahli keluarga. Kajian dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kepada 176 orang surirumah di Felda Nitar 02, Mersing, Johor. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 14.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.739. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai amalan yang sederhana daripada kaedah memasak dan penglibatan ahli keluarga tetapi bagi kebersihan makanan dan pengetahuan asas, dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai amalan yang tinggi. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menambah baik amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini di masa akan datang juga turut dicadangkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08525
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13368

Actions (login required)

View Item View Item