Kajian Mengenai Tahap Prestasi Kecergasan Fizikal berasaskan Kemahiran Motor Bagi Atlet Badminton Sukma johor 2008

Alias, Muhamad Firdaus and Ismail, Muhammad Hafiz (2008) Kajian Mengenai Tahap Prestasi Kecergasan Fizikal berasaskan Kemahiran Motor Bagi Atlet Badminton Sukma johor 2008. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat prestasi Kecergasan Berlandaskan Kemahiran Motor bagi atlit sukan badminton SUKMA Johor 2008. Penyelidikan ini dijalankan keatas 4 orang pemain badminton sebagai sampel kajian. Empat jenis ujian digunakan dalam kajian ini iaitu 40m Sprint Test (komponen kepantasan), Blind Stork Test (komponen keseimbangan), Ujian Hexagon Test (komponen ketangkasan) dan Reaction Test (komponen masa reaksi). Kajian ini adalah berbentuk eksperimental di mana data diperolehi hasil daripada ujian pre dan ujian post. Datadata yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan penilaian Statistical Packages For Social Science ( SPSS 11.0 ). Ujian t sampel berpasangan digunakan untuk mengukur sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pre dengan ujian post bagi komponen Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Motor. Aras signifikan yang ditetapkan bagi kajian adalah p < 0.05. Dapatan kajian menunjukkan 2 ujian mendapati tiada perbezaan yang signifikan iaitu Hexagon Test p= 0.266 dan 40m Sprint Test p= 0.391 dimana ianya lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh yang demikian Hipotesis Nol (Ho) adalah diterima. Manakala bagi Reaction Test dan Blind Stork Test mendapati perbezaan yang signifikan iaitu Reaction Test p= 0.004 dan Blind Stork Test p= 0.030 dimana ianya lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh yang demikian Hipotesis Nol (Ho) adalah ditolak.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08522
Subjects: Physics Education > Physics Education
Sport Science Education > Sport Science Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13365

Actions (login required)

View Item View Item