Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Matapelajaran analisis Nyata Pelajar Tahun Akhir Spt Dan Spm Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Ibrahim, Nurul Azilah and M Said, Mohd Nihra Haruzuan (2008) Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Matapelajaran analisis Nyata Pelajar Tahun Akhir Spt Dan Spm Fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata pelajar. Seramai 107 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Matematik) dan Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) di Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah set borang soal selidik yang menggunakan pemeringkatan Skala Likert dan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for Social Science) untuk mendapatkan nilai statistik dalam bentuk frekuensi, peratus dan purata. Purata taburan peratus dikelaskan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Nilai alpha yang diperolehi adalah 0.954. Hasil kajian mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata pelajar berada pada tahap sederhana. Faktor-faktor yang terlibat adalah faktor isi pelajaran Analisis Nyata, faktor pengetahuan sedia ada, faktor minat, faktor teknik belajar dan faktor rakan sebaya. Kajian ini mendapati faktor rakan sebaya merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08521
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13364

Actions (login required)

View Item View Item