Persepsi Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Pengetua di Dua Buah Sekolah Menengah di Daerah Kluang,johor.

Sarjuni, Noor Khaironisa and Yasin, M.al-muzzammil (2008) Persepsi Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Pengetua di Dua Buah Sekolah Menengah di Daerah Kluang,johor. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan pengetua di dua buah sekolah menengah di Kluang, Johor. Sejumlah 135 orang responden dilibatkan untuk menjawab soal selidik yang mempunyai 30 item, yang dibina berdasarkan konsep gaya kepimpinan menurut Goleman(2000). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach intrumen yang dihasilkan ialah 0.942. Manakala, nilai pekali Alpha Cronbach bagi dimensi yang dikaji adalah 0.748 (teladan), 0.851 (latihan), 0.867 (gabungan), 0.866 (demokratik), 0.913 (autoritatif) dan 0.529 (paksaan). Analisis statistik dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan gaya kepimpinan autoritatif berada tahap tinggi, diikuti oleh gaya gabungan,demokratik,latihan, teladan dan paksaan. Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah dibangunkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08520
Subjects: Management of Education > Management and Administration
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13363

Actions (login required)

View Item View Item