Cara Pengurusan Konflik Peserta Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Mispar, Muli and Yasin, M.al-muzzammil (2008) Cara Pengurusan Konflik Peserta Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan cara-cara pengurusan konflik Guru Besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 80 orang responden memberikan maklumbalas kepada soal selidik soalan yang diubahsuai daripada Thomas Killman Conflict Mode Instrument (T-KCMI). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen (keseluruhan) yang dihasilkan ialah 0.808. Manakala, nilai pekali Alpha Cronbach bagi setiap dimensi yang dikaji adalah dan 0.732 (gaya kolaborasi), 0.663 (gaya kompromi), 0.735 (gaya akomodasi), 0.768 (gaya bersaing), 0.537 (gaya mengelak). Analisis statistik dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan cara pengurusan konflik kolaborasi responden adalah pada tahap yang paling tinggi dengan nilai min 4.21, diikuti oleh cara kompromi (min 3.95), cara akomodasi (min 3.45), cara bersaing (min 3.10), dan cara mengelak (min 2.84). Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah bangunkan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08519
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13362

Actions (login required)

View Item View Item