Choice Of Learning Style Of Universiti Teknologi Malaysia Senior tesl Students And Perceptions Towards Effective Teaching

Mohd Diah, Muhammad Fadhli B. and Abdul Raof, Abdul Halim (2008) Choice Of Learning Style Of Universiti Teknologi Malaysia Senior tesl Students And Perceptions Towards Effective Teaching. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara kaedah pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar kanan sarjana muda TESL di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini juga bertujuan melihat kaedah pembelajaran yang paling popular di kalangan pelajar TESL di UTM. Satu lagi tujuan kajian ini adalah untuk mencari kaedah pengajaran yang digemari oleh pelajar TESL di UTM. Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan dalam bentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai alatan kajian. Kajian berbentuk tinjauan penerangan juga telah dijalankan secara temu duga untuk mengesahkan dapatan dari borang soal selidik. Kajian ini bertumpu hanya pada pelajar tahun tiga dan empat dari Program Ijazah TESL di UTM. Data yang diperolehi dari tinjauan yang dijalankan diproses menggunakan perisian Windows SPSS versi 11.5. Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk carta serta jadual bagi menjawab kesemua tiga persoalan kajian. Hasil dari kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa pembelajaran secara penglihatan adalah yang yang paling popular di kalangan pelajar. Kajian ini juga menunjukkan terdapatnya perbezaan di antara persepsi pelajar yang mempunyai perbezaan dalam jenis pembelajaran ke atas pengajaran yang berkesan. Dapatan kajian ini turut menunjukkan bahawa tiada perhubungan yang ketara di antara jenis pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar. Namun, pelajar-pelajar sangat mengharapkan agar kaedah pengajaran guru dapat disesuaikan dengan kaedah pembelajaran murid agar pembelajaran bahasa akan lebih menarik dan memberikan impak yang positif terhadap keputusan akademik mereka. Oleh sebab itu, beberapa cadangan untuk mengelakkan percanggahan di antara jenis pembelajaran pelajar dengan kaedah mengajar pensyarah turut dikemukakan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08518
Subjects: Linguistics Education > TESL
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13361

Actions (login required)

View Item View Item