Pembangunan Web E-pembelajaran Menggunakan Elemen Video dalam Topik Work And Energy Berasaskan Teori konstruktivisme Sosial

Mat Ali, Ahmad Khairi and Mohd Salleh, Shaharuddin (2008) Pembangunan Web E-pembelajaran Menggunakan Elemen Video dalam Topik Work And Energy Berasaskan Teori konstruktivisme Sosial. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Keperluan mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada semua peringkat persekolahan kini semakin mendesak. E-Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar yang terarah kendiri, kadar kendiri dan akses kendiri. Walaubagaimanapun, perkembangan pesat dunia internet pada hari ini mewujudkan aliran baru dalam penyampaian informasi iaitu berbentuk Flash Video yang lebih mudah dan cepat diakses. Projek ini dibangunkan dengan memperkenalkan E-Pembelajaran berasaskan Video On Demand dengan mengekalkan konsep pembelajaran secara Sosial Konstruktivisme. Bahan E-Pembelajaran yang bertajuk Work and Energy bagi subjek Fizik Tingkatan Empat ini menyediakan aktiviti pembelajaran secara Tutorial, Video, Quiz, Forum dan Extra Notes di samping aktiviti tertentu yang membenarkan pengguna berinteraksi secara spontan terhadap bahan pembelajaran. Sistem E-Pembelajaran yang dibangunkan ini membenarkan pengguna untuk berkongsi bahan-bahan berbentuk video dan nota tambahan dengan kawalan pihak pentadbir. EPembelajaran ini diharapkan juga dapat dijadikan bahan bantu mengajar(BBM) yang efektif kepada guru-guru sebagai satu tarikan kepada pelajar untuk lebih meminati subjek fizik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08517
Subjects: Educational Technology > Internet Computing
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13360

Actions (login required)

View Item View Item