Keperluan Mewujudkan Jawatan Pembantu Bengkel Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Daerah Johor Bahru: Satu Tinjauan

Mohd Nasir, Noor Aishah and Lokman, Mohd Tahir (2008) Keperluan Mewujudkan Jawatan Pembantu Bengkel Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Daerah Johor Bahru: Satu Tinjauan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengetahui keperluan mewujudkan jawatan pembantu bengkel di tiga buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Seramai 70 orang guru dari semua kursus yang mengajar amali di bengkel telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada responden. Data telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences ( SPSS ) 13.0 for windows dan secara manual. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang guru yang mengajar matapelajaran amali di Sekolah Menengah Teknik Juaseh Kuala Pilah di Negeri Sembilan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai didapati adalah 0.853. Tujuan projek ini dijalankan secara ringkasnya ialah untuk mengetahui sejauhmana keperluan jawatan baru ini dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah yang berhubungkait dengan pengurusan bengkel, pengurusan masa, beban tugas guru dan juga pengawalan disiplin pelajar. Segala maklumat mengenai tanggapan guru-guru terhadap aspek-aspek yang dikaji diperolehi melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh mereka. Cadangan yang diberikan mengikut aspek yang dikaji adalah pihak sekolah perlu peka iaitu memikirkan kepentingan mewujudkan jawatan baru dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru. Hasil penganalisian terhadap data ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya responden mempunyai tanggapan positif terhadap cadangan mewujudkan jawatan pembantu bengkel di sekolah menengah teknik.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08516
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13359

Actions (login required)

View Item View Item