Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4 Bagi Tajuk Pandangan Tambahan

Sean, Tumirah and Saud, Muhammad Sukri (2008) Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4 Bagi Tajuk Pandangan Tambahan. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah merupakan satu pakej pembelajaran yang terancang, teratur dan sistematik serta sesuai digunakan sebagai bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penghasilan bahan pembelajaran yang terhad telah memberi ruang kepada penyelidik untuk menghasilkan modul yang berkualiti dan bermutu bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Empat. Penghasilan modul ini adalah berasaskan kepada Model Teras Cabang Shaharom Noordin. MPK yang telah dibina oleh penyelidik ialah MPK: Pandangan Tambahan. Bagi memperoleh dapatan kajian ini, dua kaedah penilaian formatif telah digunakan iaitu Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) yang melibatkan 3 orang guru dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) yang melibatkan 8 orang guru Lukisan Kejuruteraan. Alat kajian yang digunakan dalam menentukan kesesuaian MPK ialah Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru)( Shaharom Noordin) dan pembolehubah yang digunakan ialah pengalaman mengajar. Penganalisisan statistik deskriptif digunakan dalam mendapatkan markat min, markat maksimum dan minimum. Status bagi PFSS ialah SESUAI dengan nilai min bagi PFSS kesesuaian sebanyak 78.33 dan PFKK sebanyak 105.13 iaitu berstatus AMAT SESUAI. Manakala nilai min bagi kesesuaian MPK berdasarkan pengalaman mengajar bagi PFSS ialah 78.5 dengan status SESUAI. Bagi PFKK pula nilai minnya ialah 105.13 iaitu berstatus AMAT SESUAI. Ini menunjukkan bahawa MPK yang telah dibina oleh penyelidik sesuai digunakan dalam proses P&P bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08514
Subjects: Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Educational Technology > Instructional Technology
Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13357

Actions (login required)

View Item View Item