The Perceptions Of Tesl Teacher Trainees Towards the Effectiveness Of Microteaching Subject (spa 2001) in Preparing Them For Teaching Practice

Yahya, Nurfareza and Mohd Salleh, Zanariah (2008) The Perceptions Of Tesl Teacher Trainees Towards the Effectiveness Of Microteaching Subject (spa 2001) in Preparing Them For Teaching Practice. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Pengajaran mikro merupakan satu matapelajaran yang membantu guru pelatih dalam mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan mereka menghadapi latihan mengajar. Sehubungan itu, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat persepsi guru pelatih TESL dari UTM terhadap keberkesanan matapelajaran pengajaran mikro (SPA 2001) sebagai persediaan mereka menghadapi latihan mengajar. Seramai 39 pelajar TESL telah dipilih sebagai responden kajian ini. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik dan temuduga. Soal selidik tersebut di adaptasi dari kajian lepas yang dijalankan oleh Ngui Kuan Sang (1982/1983) dan McGarvey dan Swallow (1986). Temuduga juga telah dijalankan ke atas 4 responden untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi persepsi mereka terhadap topik yang dikaji. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 16. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan bahawa guru pelatih TESL mempunyai persepsi yang baik terhadap pengajaran mikro dan berpendapat bahawa matapelajaran pengajaran mikro adalah berkesan sebagai persediaan mereka menghadapi latihan mengajar. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru pelatih tersebut semasa menghadapi latihan mengajar terutamanya dalam menguruskan para pelajar serta situasi-situasi pengajaran. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa responden memandang tinggi terhadap maklumbalas yang diberikan oleh penyelia, kawan-kawan dan juga guru di sekolah. Akhir sekali, beberapa pendapat telah diberikan untuk mempertingkatkan lagi matapelajaran pengajaran mikro untuk kebaikan guru pelatih TESL.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08513
Subjects: Linguistics Education > TESL
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13356

Actions (login required)

View Item View Item