Persepsi Pelajar Tahun Empat (perdana) Jabatan pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan (jptk)terhadap program Latihan Industri

Zakaria, Mohd Faizal and Lokman, Mohd Tahir (2008) Persepsi Pelajar Tahun Empat (perdana) Jabatan pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan (jptk)terhadap program Latihan Industri. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfw...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar tahun empat perdana di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan terhadap latihan industri. Fokus kajian adalah tertumpu kepada empat perkara utama iaitu kerelevanan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari fakulti dengan kehendak industri, kemahiran generik yang diperoleh semasa latihan industri, kesesuaian penempatan latihan industri dengan bidang pengkhususan dan kerjasama pihak industri dengan pelajar yang mengikuti program latihan industri. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 104 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun akhir (perdana) Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, UTM. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 40 item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan Alfa Cronbachnya ialah 0.86. Data-data yang dikumpulseterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for windows Version 13. Hasil analisis daripada persoalan kajian mendapati bahawa latihan industri memberi manfaat kepada pelajar, fakulti dan pihak industri khususnya dalam memenuhi keperluan industri dan pengetahuan serta juga memberi keyakinan kepada pelajar. Beberapa cadangan telah dibuat untuk memantapkan program latihan industri bagi membolehkan pelajar bersiap sedia untuk menjalani latihan industri kelak.

Item Type: Thesis (Bachelor's)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08512
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:45
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13355

Actions (login required)

View Item View Item